Pages

Tuesday, August 31, 2010

bingkisan musim luruh



semalam dan hari ini

adalah sejauh kenyataan dan mimpi

bertindih semalam dan masa kini

seperti butir salji dalam musim semi

seperti semalam yang entah ke mana perginya

hanya sempat berlengah-lengah sebentar

sebelum lenyap dihambat suria baru...







note : penulis gagal lagi.........ada sesiapa yang menemukan ' KUPU-KUPU TENTERAM ' saye takkk..? baru cuba bermain-main di Taman Hati~

kenapa onde-onde..??

Terlalu perlahan tangan si kecil memusing mesin kuih karipap,kadang2 duduk,kadang2 berdiri,pandangan dilempar keluar jendela kaca bersusun tingkat2,merenung air kelopak hujan, seperti air milo..'wahh..sedapyer..tak sabar nak tunggu waktu berbuka'..
'Ahh~kenapa hari-hari kene buat kuih?..terlalu bosan dan penat,apa tiada cara lain utk mendapatkan rezeki..?' luah si kecil.Melihat adik-adik seronok bermain,cemburu menguasai hati,dan mengeluh lagi 'kann best jadi adik..'
Beginilah hari-hari..membantu ibu seharian membuat kuih utk dijual di pondok bawah tepi jalan.Dan bila hari tidak berpuasa,akan menjual nasi lemak dan kuih2 dari rumah ke rumah, bila melihat kuih yang dijual tidak habis,si kecil akan makan satu dua dan meletakkan duit upah jualan ke dalam raga kuih.Waktu sekolah pula..menjual pada teman-teman di sekolah, dan dikesempatan itu jugalah kakak2 yang sudah besar di tahun 6 akan meminta RM0.50 setiap hari..adakah itu dikatakan 'BULI'..haihhh~

Pernah ibu membuat terlalu banyak jenis kuih di bulan ramadhan.Si kecil mendongak ke langit dan berkali-kali berpesan pada ibu..'hari macam nak hujan...',dalam sudut hati si kecil berharap ibu tidak lagi menambah koleksi jenis kuih, bimbang tidak dapat dijual kerana cuaca sangat mendung.Namun, ibu tetap meneruskan..iye!..hujan turun teramat lebat hari itu..si kecil menutup kuih2 dengan plastik besar jernih agar tempias tidak masuk ke dalam kuih ibu..dan si kecil menangis sendirian di pondok itu..hanya RM 4 terjual daripada RM 100 yang patut terjual [masih ingat]..si kecil menangis kerana kasihankan ibu..ibu kata...' tak mengapa..sedekahkan kat masjid'...


'onde-onde..onde-onde..' **disebut dengan intonasi nyanyian dan ejekan kecil.Ahh~benci benar si kecil pada suara itu, benci melihat wajah yang menggelar diri si kecil 'onde-onde'..kenapa onde-onde..?..hanya kerana si kecil si penjual kuih.Hati si kecil bukan batu..ejekan itu seolah-olah menghina ibu yang membuat kuih.Si kecil gagal menahan amarah kerana muak dengan perangai si Tukang Ejek yang terlalu kerap dan melampaui batas.Dan bila kesabaran si kecil hilang..si kecil belajar menjadi garang..tanpa rasa segan, si kecil menyerang si Tukang Ejek dengan tumbukan berkali-kali..si kecil bukan lawan bagi budak lelaki..dan sekali lagi si kecil terluka dan pulang ke rumah dan terus memanjat pokok rambutan...



note : ... menangis di atas dahan pokok yang paling tinggi, tabiat si kecil tiap kali terluka...haihhhh~**pondok itu sudah tiada

....merinduimu bonda...