Pages

Friday, December 24, 2010

andai mungkin aku bisa

seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku


tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya


Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

yang dicinta 'kan pergi
yang didamba 'kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

masih..

masih terasa..
kesan sakit 2 hari yang lepas..
saya ingat saya dah pulih
tak sangka..ia datang,
kembali menyerang..
saat mata terpejam..
masa tu..saya dalam kegelapan
betul!..saya ingat
saya dah kembali ke pangkuan-NYA

saya penuh dosa...
tapi saya goyah..
kadang saya ingat..
kadang saya lupa..

Tuhan...

saya lemah~


note: jantung berdegup kencang..tidak seperti biasa..

Thursday, December 16, 2010

oh-diriku...ujian dan test y paling susah

oh!
saye rasa mcm nak buang kerusi kt dapur uma saye
kerusi di mana dia duduk
dan makan masakan saye di situ
setiap kali saye makan
bayangan dia selalu muncul kt kerusi tu

oh!
sejadah saye pon dia pakai
nak tukar sejadah baru
tapi
saya sayang sejadah tu

oh!
semua ruang dalam uma saye dia ada 
tak kan nak punggah semua barang  
atau
saye pindah uma baru
haiyohh
matila camneh
kannn

oh!
semakin ingat
semakin rindu
semakin rindu
semakin hati saye berdarah-darah
meleleh-leleh

oh!
salah saye
saye sendiri yang ter-jatuh hati kat dia
kesimpulannya
sendiri rasa
sendiri tanggung
kan!
padan muke dengan diri saye sendiri~


note: sesiapa ada ubat tahan sakit yang paling baik ? ummmmmm~


 






Sunday, December 12, 2010

pesanan..

imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Bir tanpa alkohol-halal atau haram


Pengunjung MIHAS 2009 mencuba bir tanpa alkohol

1. Bukan semua orang Arab itu alim, tahu pasal Islam. Dan Iran itu bukan negara Arab. Ia negara Parsi. Tapi biasalah, orang kita akan pukul rata mana-mana datang dari Timur Tengah adalah orang Arab. Dan tanggapan kita selalunya adalah mereka (orang timur tengah) adalah lebih alim dari orang Melayu yang tak fasih dan pandai sangat cakap Arab ni.

2. Dalam kes Iran ini, satu lagi yang perlu diperhalusi adalah isu Syiah.

3. Berkaitan dengan hukum arak yang ada dibahaskan dalam 4 mazhab Sunni, memang ada sedikit perselisihan. Tetapi perselisihan itu sudah dirungkai lama.

4. Mazhab Hanafi ada menyebut, al-khamr (arak) adalah minuman yang dibuat daripada anggur. Maka selain daripada al-khamr maka ia boleh diminum. Sebab apa yang disebut oleh Allah swt dalam al-Quran adalah perkatan al-khamr.

5. Tetapi mazhab yang lain menyatakan, apa-apa yang memabukkan adalah haram. Bukan sahaja al-khamr. Air tapai, air nira kelapa pun boleh jadi haram kalau ianya memabukkan. Apatah lagi kalau namanya beer, wine, champagne dan seterusnya.

Kenapa Mazhab Hanafi Berpandangan begitu ?

1. Kita perlu faham, Imam Hanafi ini adalah orang Kufah. Jauh tempatnya dari sumber hadis yang utama ketika itu iaitu Madinah. Maka, ada ijitihad yang dibuat oleh Imam Hanafi ini tanpa berlandaskan hadis yang shahih.

2. Isu bahasa. Sebab pada pengertian mereka, al-khamr itu adalah minuman daripada anggur sahaja. Macam kita lah, orang Kelantan cakap , “Gi selalu.” Selalu dalam konteks itu maksudnya “sekarang.” Tetapi orang luar Kelantan faham “selalu” tu adalah “sering dibuat”.

3. Dan pandangan tersebut telah dibalas oleh ulama lainnya yang menyatakan pendapat Mazhab Hanafi itu tidak tepat.

4. Ia berdasarkan hadis-hadis yang ada menyebut setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Bir tanpa alkohol

1. Adakah alkohol adalah illah pengharaman arak ? Tidak. Sebab haramnya arak sebab ia memabukkan.

2. Maka apa-apa sahaja yang memabukkan boleh jadi haram. Tidak kisahlah namanya apa.

3. Barangkali ada yang tanya, “Macam mana kita nak tahu sesuatu tu memabukkan atau tidak ? Jadi, apa salahnya kita rasa dulu bir tersebut. Dah mabuk, baru kita boleh sahkan ia haram!” Maaf. Bukan macam tu ya tuan-tuan.

4. Sekarang juga ada ilmu sains. Jadi seharusnya orang dalam bidang kimia boleh tahu apakah bahan-bahan kimia yang menyebabkan sesuatu itu boleh memabukkan. Jadi, ujian secara saintifik patut dibuat terhadap produk sebegini oleh pengeluar cop halal. Apatah lagi kalau ia dinamakan bir. Apatah lagi kalau ia boleh masuk ke dalam ekspo perniagaan semacam Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS).

5. Jadi tuan puan yang sudah membaca blog ini, berhati-hatilah. Jangan sesekali anda yang telah membaca
Hukumnya difatwakan haram. Antaranya Islam Online 12/07/2003, Majlis Fatwa Singapore (31/05/2007). Hujah IOL ialah pengesahan dari pengilang arak USA bahawa walaupun ada teknologi untuk menyahkan alkohol dari arak/beer, namun ia tidak mungkin dapat dinyahkan 100%. Maka jika ada saki baki alkohol dalam beer, maka ia tetap menjadikan beer itu haram berdasarkan dalil hadith:
” apa yang banyaknya memabukkan, jika sedikitpun haram juga.” (HRr Ahmad, Abu daud dan Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Irwaa’ (2375)
Fatwa Singapore pula menambah kerana ia menyokong dan menyuburkan budaya arak dan selaras dgn kaedah syarak: Sadd adDzaara’iy (menutup pintu-pintu fitnah dan kejahatan), yakni jika bermula dengan arak tanpa alkohol akhirnya akan membuka lubang kepada arak yang beralkohol.

Friday, December 10, 2010

kisah cinta si kuda kepang dan penari zapin...



cinta ?
hmmm..
ade kisah di balik cinta..
eh!boley ek dikatakan cinta?
sebab...hmmmm~

masih ingat..dan akan teringat setiap kali....
camne nak wat tuh ?..ntah..tatau..
gtew larhh..saye tanya, saye jawab sendiri..

begini ..
masa tuh kene wat persembahan utk Kejohanan Paralimpik Negeri Johor.
jadi, kami Dtugaskan utk wat persembahan tarian kuda kepang.Satu group lagi wat persembahan tarian zapin.

maka..

jeng jeng jeng...

sepanjang latihan dan rehearsal ada 2 pasang mata selalu dok main jeling2..wahhh tatotnyer ~
[ yang pasti sepasang mata teruna..dan sepasang mata dara okehh ]

ouh!kenapa larh si dara tersuka pada si teruna zapin itu..harusslarhh..sangat gagah dan macho sangat2.Bila dia menari...ouh!sangat susah nak digambarkan dengan kata2...

dan tersangat larh tak disangka...akhirnya mereka berkenalan juga diakhir persembahan.Si teruna dengan penoh kematangan menyatakan hasrat ingin berkenalan ngan si kuda, eh! dara..

apa lagi..penoh bunga tumbuh dalam haty si dara..sebab si dara mmg suka melihat si teruna menari dan bercadang utk menari bersama..eh!belajar menari dengan si teruna..hahhh..iye..sekadar belajar menari..jek!

Namun..ahh! ade pulak namun die kann..

tak semua yang kita mahukan itu..adalah yang terbaik untuk kita...

pulak!!... [ sampuk kawan si dara ]

kenapa mudah utk berubah..?

iye..manusia memang akan begitu selamanya... [ kata dara ]

sebenarnya....cinta tidak boleh disukat, pemahaman kita tentang cinta sangat lah sedikit.. [ sambung dara ]

sebab....

si Dara masa tuh berusia 25tahun..dan si teruna berusia 16tahun...wahhhh!!!!

Bila dapat tahu...time tu jugak si Dara tersasul gelar dirinya kakak...gteww...cover malu kann~

kalau boleh..time tu jugak si dara nak lari satu padang dengan kuda kepang kepala merah..

iye..begitu larhh kisahnya..

- TAMMAT -





note:  kalau larhh kuda kepang tu ada kaki..tak larhh penat si dara berlari satu padang....kannn~

Wednesday, December 8, 2010

saya benci awak





saye

benci

awak

sebab

awak

jahat

awak

suka

buli

hati

dan

perasaan

saye



note : ouh! ada gadis sedang melalak kat atas pokok..

ironi

Aku mencari
apa y telah aku temui
aku janjikan
apa y telah aku mungkiri
aku akan berubah
namun aku tetap begini
aku hanya cinta
dengan membenci
aku akan setia
tapi tak akan menanti
aku akan mengalah
hanya utnuk memenangi!
arghhh!!!!

sebenarnya aku memang dah kalah!