Pages

Sunday, December 12, 2010

Bir tanpa alkohol-halal atau haram


Pengunjung MIHAS 2009 mencuba bir tanpa alkohol

1. Bukan semua orang Arab itu alim, tahu pasal Islam. Dan Iran itu bukan negara Arab. Ia negara Parsi. Tapi biasalah, orang kita akan pukul rata mana-mana datang dari Timur Tengah adalah orang Arab. Dan tanggapan kita selalunya adalah mereka (orang timur tengah) adalah lebih alim dari orang Melayu yang tak fasih dan pandai sangat cakap Arab ni.

2. Dalam kes Iran ini, satu lagi yang perlu diperhalusi adalah isu Syiah.

3. Berkaitan dengan hukum arak yang ada dibahaskan dalam 4 mazhab Sunni, memang ada sedikit perselisihan. Tetapi perselisihan itu sudah dirungkai lama.

4. Mazhab Hanafi ada menyebut, al-khamr (arak) adalah minuman yang dibuat daripada anggur. Maka selain daripada al-khamr maka ia boleh diminum. Sebab apa yang disebut oleh Allah swt dalam al-Quran adalah perkatan al-khamr.

5. Tetapi mazhab yang lain menyatakan, apa-apa yang memabukkan adalah haram. Bukan sahaja al-khamr. Air tapai, air nira kelapa pun boleh jadi haram kalau ianya memabukkan. Apatah lagi kalau namanya beer, wine, champagne dan seterusnya.

Kenapa Mazhab Hanafi Berpandangan begitu ?

1. Kita perlu faham, Imam Hanafi ini adalah orang Kufah. Jauh tempatnya dari sumber hadis yang utama ketika itu iaitu Madinah. Maka, ada ijitihad yang dibuat oleh Imam Hanafi ini tanpa berlandaskan hadis yang shahih.

2. Isu bahasa. Sebab pada pengertian mereka, al-khamr itu adalah minuman daripada anggur sahaja. Macam kita lah, orang Kelantan cakap , “Gi selalu.” Selalu dalam konteks itu maksudnya “sekarang.” Tetapi orang luar Kelantan faham “selalu” tu adalah “sering dibuat”.

3. Dan pandangan tersebut telah dibalas oleh ulama lainnya yang menyatakan pendapat Mazhab Hanafi itu tidak tepat.

4. Ia berdasarkan hadis-hadis yang ada menyebut setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Bir tanpa alkohol

1. Adakah alkohol adalah illah pengharaman arak ? Tidak. Sebab haramnya arak sebab ia memabukkan.

2. Maka apa-apa sahaja yang memabukkan boleh jadi haram. Tidak kisahlah namanya apa.

3. Barangkali ada yang tanya, “Macam mana kita nak tahu sesuatu tu memabukkan atau tidak ? Jadi, apa salahnya kita rasa dulu bir tersebut. Dah mabuk, baru kita boleh sahkan ia haram!” Maaf. Bukan macam tu ya tuan-tuan.

4. Sekarang juga ada ilmu sains. Jadi seharusnya orang dalam bidang kimia boleh tahu apakah bahan-bahan kimia yang menyebabkan sesuatu itu boleh memabukkan. Jadi, ujian secara saintifik patut dibuat terhadap produk sebegini oleh pengeluar cop halal. Apatah lagi kalau ia dinamakan bir. Apatah lagi kalau ia boleh masuk ke dalam ekspo perniagaan semacam Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS).

5. Jadi tuan puan yang sudah membaca blog ini, berhati-hatilah. Jangan sesekali anda yang telah membaca
Hukumnya difatwakan haram. Antaranya Islam Online 12/07/2003, Majlis Fatwa Singapore (31/05/2007). Hujah IOL ialah pengesahan dari pengilang arak USA bahawa walaupun ada teknologi untuk menyahkan alkohol dari arak/beer, namun ia tidak mungkin dapat dinyahkan 100%. Maka jika ada saki baki alkohol dalam beer, maka ia tetap menjadikan beer itu haram berdasarkan dalil hadith:
” apa yang banyaknya memabukkan, jika sedikitpun haram juga.” (HRr Ahmad, Abu daud dan Termidzi, dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Irwaa’ (2375)
Fatwa Singapore pula menambah kerana ia menyokong dan menyuburkan budaya arak dan selaras dgn kaedah syarak: Sadd adDzaara’iy (menutup pintu-pintu fitnah dan kejahatan), yakni jika bermula dengan arak tanpa alkohol akhirnya akan membuka lubang kepada arak yang beralkohol.

No comments:

Post a Comment