Pages

Monday, July 16, 2012

boulevard

kenapalah awak pilih saya untuk disakiti
daripada hati sebesar ini
ia menjadi sekecil ini

menyayangi dan disayangi
menyakiti dan disakiti
jika hidup hanya begitu
ahh~

jika untuk berubah itu susah
bahkan sedikitpun tidak mahu mencuba
ianya adalah kesilapan paling besar dalam hidup

bila awak semakin jauh dengan dunia itu
satu masa awak akan minta kepada dunia untuk berputar semula

saya tidak merasa kecewa dengan awak
apatah lagi membenci
tapi saya sedih

kerana boulevard y dipilih utk dilalui itu
bimbang awak akan terluka akhirnya..

p/s : belajarlah mengenal hati dengan ikhlas




Monday, June 25, 2012

03:45 
tu kilat ke ape? owh! sony pink curi2 amek pic kite y ngah terlopong tgok peserta TZ10

04:30
hey! KW17 n0 2 pulak! alahhh pening~

04:50
heh!!...

04:51
bukan x tau.di situlh kite kne mainkan peranan

05:00
lol! tu agak2 nyer, hati rasa remuk x?

05:10
ermm..

05:15
sorii klu ayat berbunge carnation.

05:20
ok2, sy sukew! *sprt bersemangat

05:27
hah? u_u ttbe emosi sy tersentuh

06:00
xdelh awk..klu awk tnya org lain pon.dia akan kata bende y samaa~

p/s: paham takkkkk ??

Tuesday, June 19, 2012

saya pilih awk sbb, hanya awak yang menghargainya...

Memiliki seorang teman yang gemar memberi sesuatu..Setiap kali kami bersama melakukan tugas dia akan meninggalkan sesuatu utk sy ingati. kadang2 bunga rumput  y dipetik dan digubah chantek2. Tiap kali dia pergi bercuti kemana-mana, dia akan memberi sesuatu walaupun ianya barangan free yang diambil ditepi jalan. Kadang2 dia akan menghantar MMS dan pesanan ringkas. Katanya dia akan membeli barang itu dan memberi kepada sy kerana dia tahu sy sukakan sesuatu seperti itu.


" Nah..untuk awk. Saya jalan2 kt Padang Besar, nampak neh terus teringat kt awak "
" sy bgon pg nampak bunga ni, terus teringat awk .sbb bunga ni kesukaan awk "
" Saya ada sesuatu utk awk. mesti awk suka "
" Awk suka asam keping kedah kan? nnt sy belikn stok utk setaon "
" Sy ckp kt suami sy, klu awk nampak neh mesti awk suka, jd sy nak belikan utk awk satu"
" Saya ade download citer animasi kartun jepun y awk suke tu, nnt kite tgok same2 tau "


Argghh!!!  


Saya tak paham kenapa dia perlu bersusah-payah camtuh. Saya tak pernah minta apapun dari dia. Waima saya hanya sekadar cakap sahaja. Tapi dia terus simpan dan ingat dalam hati. Kadang2 sy xsedar,  rupanya ada byk perkara remeh yang sy suka. Itupun dari dia.


Hari ni dia beri sy jersey adidas.Dia ckp:


 " saya suka sangat jersey neh, jadi sy berikan pada awak, sebab awak seorang yang menghargai 'sentimental value' nyer  "


 saya diam. Kata-kata dia terus menusuk hati saya...dan sya masih tak paham kenapa dia suka memberi hanya kepada saya.walhal, ramai lg teman2 lain disisinya.




Disaat sy dalam bingung2..dia berikan jawapan atas soalan ' kenapa ? ' 


[ Awk ajar sy menikmati hidup dengan baik.Awk akan selalu teruja melihat sesuatu perkara yang remeh, walaupon melihat pondok usang tepi jalan dan awk mula berfantasi sesuatu y menyeronokkan.Awk akan mula mengarang cerita menarik.Saya sedar, setiap kali awk melihat dunia, awk akan merasa seronok.Ianya buat saya menghargai kehidupan dan sy akan slu igt kata2 awk " susah mana pun kehidupan itu, jadikan ianya sesuatu yang menyeronokkan " ]


[ Dan saya suka melihat reaksi awk bila setiap kali sy beri sesuatu pada awk, awk begitu menghargainya. Walaupon ianya tiada nilai yang istimewa ]




oh! begitu rupanya ...




saya terharu kerana dia mengaplikasikan saya dalam pembelajaran&pengajaran hidupnya...saya rasa sayang sangat2 kat dia.Saya harap dapat bertemu dia dalam mimpi- kerana dia seorang  teman yang menghargai teman nyer


                                                      salah satu pemberian dia ^^








p/s : saya akan menulis sesuatu yang saya rasa ianya bernilai dan menyentuh hati, agar sy terus ingat sampai bila2

Thursday, June 14, 2012

buat yang sudi merindui

                                              [ ada titipan bingkisan buat awak ]

cuba lihat langit, dataran hamparan awan itu serupa tak yang memayungiku ?

suam suria yang meniti di birai-birai, adakah semanja matahari yang sesekali mengunjungiku yang lekas sekali tersipu sembunyi disapa gerimis dan kabus ?

hambatan angin yang merangkul geletarmu, adakah sederas pawana yang berkejaran di angkasa malamku?

oh! baru sebentar tadi cik suria dan encek rembulan mengkhabarkan kepadaku
 " langitmu dan langitku memayungi sehampar bumi yang sama "

begitu juga perasaan rindu itu, ia sama ....apa yang awk rasa, begitulah yang saya rasa.Ia tetap sama~



p/s : jika ada kucing-kucing manja berkeliaran di keliling pohon.Rangkul ia,
kerana ada ' nota kecil ' untuk awak ^^


Friday, February 24, 2012

cinta tu subjektif

kenapa aku menolak cinta?cinta tu subjektif.
memberi makna paling istimewa dalam hidup aku
aku bukan si jahil yang menolak cinta
tapi..akulah si jahil bila dilamun cinta

sedih... memberi 100 peratus dalam cinta
adalah perkara paling sedih dalam diri aku
paling sedih...aku menjadi org yang tak tentu arah.
cemana perasaan tu?
aku tak suka perasaan ingin tahu yang meluap-luap tentang seseorg ya aku suka
ade jer perkara bodoh yg aku akan buat kalau da suka
bodohnya bila kesungguhan tu..hanya aku yang syok sendiri dan buat sorang2...sedihhh kannn

camtulahh..susah sebenarnya nak bercinta
bagi aku cinta tu kite menerima seseorang seadanya..
dan sering melakukan perkara dan perasaan yang sama

cinta bersungguh-sungguh..tapi akhirnya dia bukan milik kita
sedihh kannn u_u
lain lah klu org y kite cinta tu halal bagi kite..
jadi bersungguh-sungguh dan cam nak gile mana sekalipun.tak rugi ape2
malah bertambah2 pahala..

Jadi..selama 29 tahun aku hidup.aku baru sedar
bercinta selepas bernikah>>perkara terbaik dalam hidup yang aku pernah dengar.
itupun setelah 29 tahun baru nak sedar..sedeyhh larr

jadi aku buat keputusan yang org lain susah nak buat
aku nak menyintai sepenuhnya lelaki pertama yang melamar aku menjadi suri hidupnya..

note: hati sering bermohon agar lelaki pertama yang melamar aku adalah dia yang aku suka....ahhhh~speechless

Wednesday, February 8, 2012

yang disayang itu dilupa

aku tahu bagaimana untuk menerbitkan rasa sayang itu dilupa
aku akan berulang-kali mengingatinya
iye! banyak kali aku akan ingat
dan bila rasa rindu sekalipun
aku akan ulang semula
hingga aku benar-benar lupa
aku akan ingat 'sesuatu' itu
'sesuatu' yang bisa menguatkan aku
untuk yang disayang itu dilupakan


p/s : setiap sudut, dipintu, dalam almari, di cermin muka terlekat nota untuk dibaca agar tidak lupa

Sunday, January 29, 2012

kerana pertama kali niat aku begitu
hingga ke satu masa, tuhan menghukum aku
aku berpegang satu dosa
tidak boleh menyintai orang yang aku pernah khianati