Pages

Tuesday, June 19, 2012

saya pilih awk sbb, hanya awak yang menghargainya...

Memiliki seorang teman yang gemar memberi sesuatu..Setiap kali kami bersama melakukan tugas dia akan meninggalkan sesuatu utk sy ingati. kadang2 bunga rumput  y dipetik dan digubah chantek2. Tiap kali dia pergi bercuti kemana-mana, dia akan memberi sesuatu walaupun ianya barangan free yang diambil ditepi jalan. Kadang2 dia akan menghantar MMS dan pesanan ringkas. Katanya dia akan membeli barang itu dan memberi kepada sy kerana dia tahu sy sukakan sesuatu seperti itu.


" Nah..untuk awk. Saya jalan2 kt Padang Besar, nampak neh terus teringat kt awak "
" sy bgon pg nampak bunga ni, terus teringat awk .sbb bunga ni kesukaan awk "
" Saya ada sesuatu utk awk. mesti awk suka "
" Awk suka asam keping kedah kan? nnt sy belikn stok utk setaon "
" Sy ckp kt suami sy, klu awk nampak neh mesti awk suka, jd sy nak belikan utk awk satu"
" Saya ade download citer animasi kartun jepun y awk suke tu, nnt kite tgok same2 tau "


Argghh!!!  


Saya tak paham kenapa dia perlu bersusah-payah camtuh. Saya tak pernah minta apapun dari dia. Waima saya hanya sekadar cakap sahaja. Tapi dia terus simpan dan ingat dalam hati. Kadang2 sy xsedar,  rupanya ada byk perkara remeh yang sy suka. Itupun dari dia.


Hari ni dia beri sy jersey adidas.Dia ckp:


 " saya suka sangat jersey neh, jadi sy berikan pada awak, sebab awak seorang yang menghargai 'sentimental value' nyer  "


 saya diam. Kata-kata dia terus menusuk hati saya...dan sya masih tak paham kenapa dia suka memberi hanya kepada saya.walhal, ramai lg teman2 lain disisinya.




Disaat sy dalam bingung2..dia berikan jawapan atas soalan ' kenapa ? ' 


[ Awk ajar sy menikmati hidup dengan baik.Awk akan selalu teruja melihat sesuatu perkara yang remeh, walaupon melihat pondok usang tepi jalan dan awk mula berfantasi sesuatu y menyeronokkan.Awk akan mula mengarang cerita menarik.Saya sedar, setiap kali awk melihat dunia, awk akan merasa seronok.Ianya buat saya menghargai kehidupan dan sy akan slu igt kata2 awk " susah mana pun kehidupan itu, jadikan ianya sesuatu yang menyeronokkan " ]


[ Dan saya suka melihat reaksi awk bila setiap kali sy beri sesuatu pada awk, awk begitu menghargainya. Walaupon ianya tiada nilai yang istimewa ]




oh! begitu rupanya ...




saya terharu kerana dia mengaplikasikan saya dalam pembelajaran&pengajaran hidupnya...saya rasa sayang sangat2 kat dia.Saya harap dapat bertemu dia dalam mimpi- kerana dia seorang  teman yang menghargai teman nyer


                                                      salah satu pemberian dia ^^








p/s : saya akan menulis sesuatu yang saya rasa ianya bernilai dan menyentuh hati, agar sy terus ingat sampai bila2

No comments:

Post a Comment