Pages

Monday, October 4, 2010

Aku takut sendiri...

Di hujung jalan sana,
gadis kecil melangkah lesu,
dari auto ke Dorm F
Usang, sunyi, kelam...


Aku ke sini untuk sesuatu
menuntut lebih dari sekadar ilmu
Namun...
Aku jiwa kacau
berkocak langit,menongkah badai
nanti... Siapa sudi menemaniku..?


Hari-hari yang sunyi,
Aku sepi..
sekadar memerhati dari jauh
dalam kebingitan Dorm A
antara laungan dan bilah suara
sedang aku leka,ada yang melihat...
Aku senyum, namun tiada balasan..


Buli...maki..dannn..
Ahhhhh!!Aku benci senior-ku
Aku ciarkan jerit-jerit halus yang bergejolak
Di dada ini ada rasa
Di jiwa itu ada peristiwa..
Kenapa mesti aku..?


Malam itu..
Aku yang mereka pilih
lantas tegapku jatuh
simpuhku luluh,wedukku lusuh
aku tak punya kekuatan
dadaku birsam~bungkam..lantas diam~


Namun,aku masih tegak berdiri
mengukir ukiran baru
agar ianya akan sempurna
menjadi ukiran berharga buat diri dan org lain jua
kerana aku, tidak pernah diajar erti mengalah dan sama sekali tidak ingin mengenal erti itu..


Aku fikir, aku bisa..
tatkala jasad baru terasa dihembus roh
tergigil sendiri di depan cermin
cuba mengintai di sebalik topeng usang yang retak
mana diriku..ingin ku lihat
dan bila cermin sembahkan
bayangan satu lohong hitam yang pekat
jelas itulah diriku yang ku lihat..


Syaitan pun membisik,nafsuku pantas mahu berhelah
Berhenti! Jangan pantas kau tuding langit..


ku pujuk jua hati
sepi tanpa teman bicara
hingga akhirnya cinta datang tanpa diundang
dan...
Saat ia datang..tiada ungkapan terindah mampu dilafaz


katanya...

aku suka ketawa..
berpura-pura kuat, tapi lemah..
memahami...seorang pecinta..
manja dan comel bila ikat rambut..


Dia umpama perisaiku
sering menemani tidur malamku..
akan bercerita yang lucu dan bernyanyi untukku
kadang-kadang dimarahi rakan sebilik kerana kami terlalu mengganggu
dia gemar membelai rambutku sebelum tidur..
bila aku pura-pura tidur..
satu ciuman singgah di dahiku...
" selamat malam awak "


Lalu rindu menjadi haru
bersela waktu mabuk-sedar
bercampur antara benar dan nista
bersilang antara kasih dan sayang
berdosakah menyintai dia ?


Ahhhh...perasaan apakah ini?
sangat keji...aku benci...
antara isi hati dan kehendak hakiki
saat aku ingin lari....aku tersungkur
temani aku di sisi...aku takut sendiri..
mahatma masih di hatinya~

...........................................................................

melalui hari-hari yang panjang..
hingga aku lupa..
bila ia hilang dari pandangan

" awak...hingga sekarang saya tak pernah jumpa lagi orang setulus awak...."

saya rindu nak jalan pimpin tangan dengan awak..

saya rindu nak pakai-tukar baju dengan awak..

saya rindu nak awak suapkan saya makan..

saya rindu nak menangis bersama-sama awak..

saya rindu nak suruh awak pilih kasut untuk saya, walaupun pilihan awak tak menarik hati saya..

saya rindu nak dengar awak cakap " muka saya bulat macam bola "

saya rindu....semua tentang awakkk T_T 



note: cuba aku selami erti kematangan dan kesetiaan..kembalikan aku waktu, agar dapat ku memilih kembali mimpi~