Pages

Thursday, June 14, 2012

buat yang sudi merindui

                                              [ ada titipan bingkisan buat awak ]

cuba lihat langit, dataran hamparan awan itu serupa tak yang memayungiku ?

suam suria yang meniti di birai-birai, adakah semanja matahari yang sesekali mengunjungiku yang lekas sekali tersipu sembunyi disapa gerimis dan kabus ?

hambatan angin yang merangkul geletarmu, adakah sederas pawana yang berkejaran di angkasa malamku?

oh! baru sebentar tadi cik suria dan encek rembulan mengkhabarkan kepadaku
 " langitmu dan langitku memayungi sehampar bumi yang sama "

begitu juga perasaan rindu itu, ia sama ....apa yang awk rasa, begitulah yang saya rasa.Ia tetap sama~



p/s : jika ada kucing-kucing manja berkeliaran di keliling pohon.Rangkul ia,
kerana ada ' nota kecil ' untuk awak ^^


No comments:

Post a Comment