Pages

Monday, July 16, 2012

boulevard

kenapalah awak pilih saya untuk disakiti
daripada hati sebesar ini
ia menjadi sekecil ini

menyayangi dan disayangi
menyakiti dan disakiti
jika hidup hanya begitu
ahh~

jika untuk berubah itu susah
bahkan sedikitpun tidak mahu mencuba
ianya adalah kesilapan paling besar dalam hidup

bila awak semakin jauh dengan dunia itu
satu masa awak akan minta kepada dunia untuk berputar semula

saya tidak merasa kecewa dengan awak
apatah lagi membenci
tapi saya sedih

kerana boulevard y dipilih utk dilalui itu
bimbang awak akan terluka akhirnya..

p/s : belajarlah mengenal hati dengan ikhlas




No comments:

Post a Comment