Pages

Thursday, June 14, 2012

buat yang sudi merindui

                                              [ ada titipan bingkisan buat awak ]

cuba lihat langit, dataran hamparan awan itu serupa tak yang memayungiku ?

suam suria yang meniti di birai-birai, adakah semanja matahari yang sesekali mengunjungiku yang lekas sekali tersipu sembunyi disapa gerimis dan kabus ?

hambatan angin yang merangkul geletarmu, adakah sederas pawana yang berkejaran di angkasa malamku?

oh! baru sebentar tadi cik suria dan encek rembulan mengkhabarkan kepadaku
 " langitmu dan langitku memayungi sehampar bumi yang sama "

begitu juga perasaan rindu itu, ia sama ....apa yang awk rasa, begitulah yang saya rasa.Ia tetap sama~



p/s : jika ada kucing-kucing manja berkeliaran di keliling pohon.Rangkul ia,
kerana ada ' nota kecil ' untuk awak ^^


Friday, February 24, 2012

cinta tu subjektif

kenapa aku menolak cinta?cinta tu subjektif.
memberi makna paling istimewa dalam hidup aku
aku bukan si jahil yang menolak cinta
tapi..akulah si jahil bila dilamun cinta

sedih... memberi 100 peratus dalam cinta
adalah perkara paling sedih dalam diri aku
paling sedih...aku menjadi org yang tak tentu arah.
cemana perasaan tu?
aku tak suka perasaan ingin tahu yang meluap-luap tentang seseorg ya aku suka
ade jer perkara bodoh yg aku akan buat kalau da suka
bodohnya bila kesungguhan tu..hanya aku yang syok sendiri dan buat sorang2...sedihhh kannn

camtulahh..susah sebenarnya nak bercinta
bagi aku cinta tu kite menerima seseorang seadanya..
dan sering melakukan perkara dan perasaan yang sama

cinta bersungguh-sungguh..tapi akhirnya dia bukan milik kita
sedihh kannn u_u
lain lah klu org y kite cinta tu halal bagi kite..
jadi bersungguh-sungguh dan cam nak gile mana sekalipun.tak rugi ape2
malah bertambah2 pahala..

Jadi..selama 29 tahun aku hidup.aku baru sedar
bercinta selepas bernikah>>perkara terbaik dalam hidup yang aku pernah dengar.
itupun setelah 29 tahun baru nak sedar..sedeyhh larr

jadi aku buat keputusan yang org lain susah nak buat
aku nak menyintai sepenuhnya lelaki pertama yang melamar aku menjadi suri hidupnya..

note: hati sering bermohon agar lelaki pertama yang melamar aku adalah dia yang aku suka....ahhhh~speechless

Wednesday, February 8, 2012

yang disayang itu dilupa

aku tahu bagaimana untuk menerbitkan rasa sayang itu dilupa
aku akan berulang-kali mengingatinya
iye! banyak kali aku akan ingat
dan bila rasa rindu sekalipun
aku akan ulang semula
hingga aku benar-benar lupa
aku akan ingat 'sesuatu' itu
'sesuatu' yang bisa menguatkan aku
untuk yang disayang itu dilupakan


p/s : setiap sudut, dipintu, dalam almari, di cermin muka terlekat nota untuk dibaca agar tidak lupa

Sunday, January 29, 2012

kerana pertama kali niat aku begitu
hingga ke satu masa, tuhan menghukum aku
aku berpegang satu dosa
tidak boleh menyintai orang yang aku pernah khianati

Tuesday, October 4, 2011

saye tahu awak seorang yang gemar bermain² D luar pintu hati, berlengah² sebentar utk Mbuat jiwa suci terpesona pd awk,dan bila si jiwa menggilai awk,awk akan kata 'OH! saye tanak masok, hanya singgah utk Mgubati diri y sepi.Jadi saye gelarkan awk

                  ~ ~ ~ ~~~~~~~~~~~~~~ ' Encik kupu-kupu ' ~ ~ ~ ~ ~

Sunday, September 18, 2011

akhirnya aku mengerti

kenapa sukar untuk bersama?
jika rasa cinta telah menjalari setiap saluran darah dalam adam dan hawa.
manipulasi persepsi, emosi, rasionaliti dan bahasa.
[ ini tentang cinta yang tidak boleh bersama ]

adam
' temani aku, sayangi aku, aku memerlukan kamu.Aku memanggilmu 'menerangi' '
hawa
' tangan ini untuk mengusap peritmu.seperti aku tahu, kau akan di sisiku'

pernah
ada rasa untuk hidup bersama
tapi ketakutan untuk menghadapi masa depan menenggelamkan impian itu

'masa depan' bukan sesuatu y boleh kita corak dan ramalkan.
manusia akan gila bila memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya..kata hawa.
'aku bimbang..aku tak bisa menjadi yang terbaik untukmu.biarkan aku merasa begini.dekat denganmu'.jawab adam.

hujan lagi
gugur menghunjam bumbung hati
menerobosi liang2 y terdedah
dan tembus pada retak-retak y menanti runtuh.
pudarkah suria tajdid di sebalik bianglala pesona dunia? sampai bila ? mengapa ?

aku tidak menyalahkan diri, dia mahupun orang lain.sebenarnya, kehidupan memang begitu.banyak mana pun persoalan y bermain di fikiran.ia tidak akan memberi jawapan yang benar2 tepat.Aku tidak mahu airmata mengalir lagi.hanya kerana aku tidak dapat jawapannya.Aku memilih sesuatu yang 'simple' dalam hidup.Aku meletakkan 'TAKDIR' sebagai jawapan yang telah menentukan segalanya.

terima kasih cinta.biar tak dapat memiliki.kita tetap merasai.akhirnya aku mengerti....



p/s :  kami hanya kawan.teman tapi mesra~



Thursday, September 15, 2011

bila awak 'tolak' saya banyak kali
saya semakin hilang keyakinan diri
dan keghairahan untuk memiliki

p/s  :  saya bukan artis