Pages

Saturday, September 18, 2010

bila malas berfikir

 6.00am handset penulis da mula berbunyi lagu Afgan..merdu dan penulis mematikan..bising~

Ahhh~ malas sangat2 nak bangon...jap lagi~

6.10am-masih berbunyi...dan duduk di birai katil dan termenung sekejap..mengambil masa agak lama utk teros ke bilik air..pemalas~

Penulis memang susah utk bangon awal pagi, begitulah setiap kali bangon di awal pagi penulis akan mengunci jam di handset sebanyak 2 kali..jika kunci sekali pasti takkan bangon..haihhh..lebih-lebih lagi pagi itu..hari ahad..tapi penulis masih ada tanggungjawab sbg manusia di bumi tuhan yang perlu...bukan..WAJIB dilaksanakan~



...selesai



6.35am..seperti biasa, penulis akan berdiri di muka pintu bilik dan melompat dari jarak itu ke atas katil..kerana suis lampu bilik betul2 berada di sebelah muka pintu dan bila dipadam suasana bilik akan sangat gelap..bukan penulis malas utk berjalan tapi..penulis mempunyai tabiat sedari dulu akan membayangkan jika menghampiri rapat dengan katil ada tangan yang akan menarik kaki penulis dari bawah katil ..erkkkk..sangat menakutkan..dulu katil penulis rapat dengan dinding..dan telah dialihkan ketengah sedikit kerana kepala penulis pernah terhantuk dengan kuat kerana cuba melompat ke arah katil dari jarak jauh dalam suasana yang sangat gelap.Sangat kuat getaran berlaku di otak penulis..tapi..penulis tetap seperti itu [tabiat] sehingga kini.



zzzzzzzzzzzzzzzzz.............


9.00am....bangon dalam keadaan pening-pening..


" Lekas siap" jerkah bonda penulis yang sibuk membungkus sesuatu ke dalam beg plastik.

" Nak gi mana nehh ? "

" Ke Gelang Patah..long kan nak buat open house arini "

" Ouhhh "
dalam hati penulis malas sangat nak ke sana..jauh~


Selesai mandi penulis on pc..dan duduk sekejap klik ape-ape je.

" Assalamualaikum...cik!!! nak RAYE !!."

Adeihh..bebudak neh..da nak abis raya kott..penulis suruh bebudak masuk dan ke dapur dengan membawa air oren.Pening dan terkejut melihat bebudak zaman sekarang datang beraya ke rumah orang..abis sofa dipijak-pijak, membuka tv sesuka hati tanpa izin dan bergaduh sesama mereka berebut channel..matiila~

" Nah..minum air"

" Tak nak lah..kitaorang dah minum tadi " salah seorang mereka bersuara.

" ouhh..oke "  penulis sambung mengadap pc.


.........................................................................................

" Assalamualaikum"  sekali lagi.

" Mak ade dik ? "

" Ade, masuk cik.Mak tengah pakai baju "

Buat air lagi~~~~~


bla....bla.....bla.... ** makcik-makcik berborak**



.........................................................


Sedang penulis sibuk menyiapkan diri...



" Tolong mak amek 'bo pir'!! " lantang suara bonda dari luar yang masih melayan tetamu yang datang.

" Bo pir [sebutan sama dengan bonda]? nak watpe ? " penulis keliru..

" Long nak guna nanti, jadi tolong masukkan dalam kete " masih sambung berbual.

Penulis ke dapur mencari Bo Pir..kat mana?..buka peti sejuk..tak der pun..penulis datang kembali ke tempat bonda.


" Kat mana mak ? "

penulis da mula pening dan penat mencari.Dalam hati geram kat abang long..buah pir pun nak di suruh beli dari Kota Tinggi..ape kat Gelang Patah xder ke?.

" Kat luar, dalam kotak "
masih sambung berborak.


 Habis semua kotak-kotak di luar rumah penulis buka..termasuk juga tempat-tempat yang tak sepatotnya tersimpan buah pir pun penulis cari [stor ]....letih dan berpeluh-peluh~


Penulis keliling rumah cari kotak yang dimaksudkan..xder juga..penat da nehh..sarung selipar cari kat kawasan tanah, kot-kot ade la kann...tapi...hampa..



Seketika penulis terkesima dan berfikir....Astaghfirullah~~


Bukan penulis tak biasa dengan bonda, malahan da hidup bertahun-tahun.Tapi kenapa penulis masih gagal memahami kata-kata bonda ?..penulis mula menyumpah dengan diri sendiri...bodohnya penulis~


atau mungkin penulis terlalu rindukan seseorang...jadi penulis tidak fokus dengan keadaan sekeliling..
siapa yang penulis rindu...? hurmmm ... seseorang yang sangat istimewa dalam hidup penulis, seseorang yang penulis ingin sentiasa berdampingan dengannya...seseorang yang penulis ingin selalu buat beliau tersenyum...



dan penulis mula ketawa sorang-sorang macam orang giler.....



[ Bo Pir ]  yang disebut bonda ialah  [ Buffet  ]


maklumlah...bonda penulis bukan sekolah tinggi, setakat darjah rendah sahaja...


haihhhhh~~~~




note : kerana jasad yang tinggal...jadi penulis gagal berfikir dengan baik..dan bila malas berfikir, berlakulah kerja-kerja bodoh yang tidak sepatotnya~

1 comment: