Pages

Monday, October 4, 2010

Aku takut sendiri...

Di hujung jalan sana,
gadis kecil melangkah lesu,
dari auto ke Dorm F
Usang, sunyi, kelam...


Aku ke sini untuk sesuatu
menuntut lebih dari sekadar ilmu
Namun...
Aku jiwa kacau
berkocak langit,menongkah badai
nanti... Siapa sudi menemaniku..?


Hari-hari yang sunyi,
Aku sepi..
sekadar memerhati dari jauh
dalam kebingitan Dorm A
antara laungan dan bilah suara
sedang aku leka,ada yang melihat...
Aku senyum, namun tiada balasan..


Buli...maki..dannn..
Ahhhhh!!Aku benci senior-ku
Aku ciarkan jerit-jerit halus yang bergejolak
Di dada ini ada rasa
Di jiwa itu ada peristiwa..
Kenapa mesti aku..?


Malam itu..
Aku yang mereka pilih
lantas tegapku jatuh
simpuhku luluh,wedukku lusuh
aku tak punya kekuatan
dadaku birsam~bungkam..lantas diam~


Namun,aku masih tegak berdiri
mengukir ukiran baru
agar ianya akan sempurna
menjadi ukiran berharga buat diri dan org lain jua
kerana aku, tidak pernah diajar erti mengalah dan sama sekali tidak ingin mengenal erti itu..


Aku fikir, aku bisa..
tatkala jasad baru terasa dihembus roh
tergigil sendiri di depan cermin
cuba mengintai di sebalik topeng usang yang retak
mana diriku..ingin ku lihat
dan bila cermin sembahkan
bayangan satu lohong hitam yang pekat
jelas itulah diriku yang ku lihat..


Syaitan pun membisik,nafsuku pantas mahu berhelah
Berhenti! Jangan pantas kau tuding langit..


ku pujuk jua hati
sepi tanpa teman bicara
hingga akhirnya cinta datang tanpa diundang
dan...
Saat ia datang..tiada ungkapan terindah mampu dilafaz


katanya...

aku suka ketawa..
berpura-pura kuat, tapi lemah..
memahami...seorang pecinta..
manja dan comel bila ikat rambut..


Dia umpama perisaiku
sering menemani tidur malamku..
akan bercerita yang lucu dan bernyanyi untukku
kadang-kadang dimarahi rakan sebilik kerana kami terlalu mengganggu
dia gemar membelai rambutku sebelum tidur..
bila aku pura-pura tidur..
satu ciuman singgah di dahiku...
" selamat malam awak "


Lalu rindu menjadi haru
bersela waktu mabuk-sedar
bercampur antara benar dan nista
bersilang antara kasih dan sayang
berdosakah menyintai dia ?


Ahhhh...perasaan apakah ini?
sangat keji...aku benci...
antara isi hati dan kehendak hakiki
saat aku ingin lari....aku tersungkur
temani aku di sisi...aku takut sendiri..
mahatma masih di hatinya~

...........................................................................

melalui hari-hari yang panjang..
hingga aku lupa..
bila ia hilang dari pandangan

" awak...hingga sekarang saya tak pernah jumpa lagi orang setulus awak...."

saya rindu nak jalan pimpin tangan dengan awak..

saya rindu nak pakai-tukar baju dengan awak..

saya rindu nak awak suapkan saya makan..

saya rindu nak menangis bersama-sama awak..

saya rindu nak suruh awak pilih kasut untuk saya, walaupun pilihan awak tak menarik hati saya..

saya rindu nak dengar awak cakap " muka saya bulat macam bola "

saya rindu....semua tentang awakkk T_T 



note: cuba aku selami erti kematangan dan kesetiaan..kembalikan aku waktu, agar dapat ku memilih kembali mimpi~

Saturday, September 18, 2010

bila malas berfikir

 6.00am handset penulis da mula berbunyi lagu Afgan..merdu dan penulis mematikan..bising~

Ahhh~ malas sangat2 nak bangon...jap lagi~

6.10am-masih berbunyi...dan duduk di birai katil dan termenung sekejap..mengambil masa agak lama utk teros ke bilik air..pemalas~

Penulis memang susah utk bangon awal pagi, begitulah setiap kali bangon di awal pagi penulis akan mengunci jam di handset sebanyak 2 kali..jika kunci sekali pasti takkan bangon..haihhh..lebih-lebih lagi pagi itu..hari ahad..tapi penulis masih ada tanggungjawab sbg manusia di bumi tuhan yang perlu...bukan..WAJIB dilaksanakan~



...selesai



6.35am..seperti biasa, penulis akan berdiri di muka pintu bilik dan melompat dari jarak itu ke atas katil..kerana suis lampu bilik betul2 berada di sebelah muka pintu dan bila dipadam suasana bilik akan sangat gelap..bukan penulis malas utk berjalan tapi..penulis mempunyai tabiat sedari dulu akan membayangkan jika menghampiri rapat dengan katil ada tangan yang akan menarik kaki penulis dari bawah katil ..erkkkk..sangat menakutkan..dulu katil penulis rapat dengan dinding..dan telah dialihkan ketengah sedikit kerana kepala penulis pernah terhantuk dengan kuat kerana cuba melompat ke arah katil dari jarak jauh dalam suasana yang sangat gelap.Sangat kuat getaran berlaku di otak penulis..tapi..penulis tetap seperti itu [tabiat] sehingga kini.



zzzzzzzzzzzzzzzzz.............


9.00am....bangon dalam keadaan pening-pening..


" Lekas siap" jerkah bonda penulis yang sibuk membungkus sesuatu ke dalam beg plastik.

" Nak gi mana nehh ? "

" Ke Gelang Patah..long kan nak buat open house arini "

" Ouhhh "
dalam hati penulis malas sangat nak ke sana..jauh~


Selesai mandi penulis on pc..dan duduk sekejap klik ape-ape je.

" Assalamualaikum...cik!!! nak RAYE !!."

Adeihh..bebudak neh..da nak abis raya kott..penulis suruh bebudak masuk dan ke dapur dengan membawa air oren.Pening dan terkejut melihat bebudak zaman sekarang datang beraya ke rumah orang..abis sofa dipijak-pijak, membuka tv sesuka hati tanpa izin dan bergaduh sesama mereka berebut channel..matiila~

" Nah..minum air"

" Tak nak lah..kitaorang dah minum tadi " salah seorang mereka bersuara.

" ouhh..oke "  penulis sambung mengadap pc.


.........................................................................................

" Assalamualaikum"  sekali lagi.

" Mak ade dik ? "

" Ade, masuk cik.Mak tengah pakai baju "

Buat air lagi~~~~~


bla....bla.....bla.... ** makcik-makcik berborak**



.........................................................


Sedang penulis sibuk menyiapkan diri...



" Tolong mak amek 'bo pir'!! " lantang suara bonda dari luar yang masih melayan tetamu yang datang.

" Bo pir [sebutan sama dengan bonda]? nak watpe ? " penulis keliru..

" Long nak guna nanti, jadi tolong masukkan dalam kete " masih sambung berbual.

Penulis ke dapur mencari Bo Pir..kat mana?..buka peti sejuk..tak der pun..penulis datang kembali ke tempat bonda.


" Kat mana mak ? "

penulis da mula pening dan penat mencari.Dalam hati geram kat abang long..buah pir pun nak di suruh beli dari Kota Tinggi..ape kat Gelang Patah xder ke?.

" Kat luar, dalam kotak "
masih sambung berborak.


 Habis semua kotak-kotak di luar rumah penulis buka..termasuk juga tempat-tempat yang tak sepatotnya tersimpan buah pir pun penulis cari [stor ]....letih dan berpeluh-peluh~


Penulis keliling rumah cari kotak yang dimaksudkan..xder juga..penat da nehh..sarung selipar cari kat kawasan tanah, kot-kot ade la kann...tapi...hampa..



Seketika penulis terkesima dan berfikir....Astaghfirullah~~


Bukan penulis tak biasa dengan bonda, malahan da hidup bertahun-tahun.Tapi kenapa penulis masih gagal memahami kata-kata bonda ?..penulis mula menyumpah dengan diri sendiri...bodohnya penulis~


atau mungkin penulis terlalu rindukan seseorang...jadi penulis tidak fokus dengan keadaan sekeliling..
siapa yang penulis rindu...? hurmmm ... seseorang yang sangat istimewa dalam hidup penulis, seseorang yang penulis ingin sentiasa berdampingan dengannya...seseorang yang penulis ingin selalu buat beliau tersenyum...



dan penulis mula ketawa sorang-sorang macam orang giler.....



[ Bo Pir ]  yang disebut bonda ialah  [ Buffet  ]


maklumlah...bonda penulis bukan sekolah tinggi, setakat darjah rendah sahaja...


haihhhhh~~~~




note : kerana jasad yang tinggal...jadi penulis gagal berfikir dengan baik..dan bila malas berfikir, berlakulah kerja-kerja bodoh yang tidak sepatotnya~

Sunday, September 12, 2010

bimbang........

awakk...

awak oke takk..?

awak nak minum..? makan..?

awak letih tak nehh..?

camne awak kalau sorang-sorang..saye risau..

awak jaga diri bebaik tau..

saye betul-betul risaukan awakk..

saye tak berhenti memikirkan awak..

saye bimbang sesuatu berlaku kat awak...

boley tak saye nak selalu di sisi awak..?




note : bimbang tak tentu pasal.....hurmmm...entah larh~~

Monday, September 6, 2010

bukan sekali..tapi berkali-kali..


kerana dambakan manis tuffah..barangkali
aku masih menanti bisanya rindu menjadi madu..

ahhh!!..khalis hati dari cinta dunia yang menyakitkan...
tiba-tiba aku sangat benci~

perasaan dan ilusi y merupakan serpihan-serpihan kebencian yang sangat aku benci,
atau..
aku sangat benci dengan kebencian aku..

aku melahirkan keperihalan,kebencian dan kepuasan itu semua..
dapat aku menyimpulkan bahawa aku benci diri aku..


bukan sekali dia datang dan pergi..tapi berkali-kali..
pernah sekali itu..tidak.. beberapa kali jua..
dia memberikan harapan yang didambakan dalam cinta..
kemudian...dia berkata ' tidak..itu sekadar kata-kata'

marah dan kecewa juga..
tapi...aku tidak dewasa tika itu.
percaya dan terus percaya..
lalu..dia datang..
dan pergi ..
katanya ' jangan tunggu '
dia berharap..agar aku pergi sejauh mungkin~

....................................... diam tanpa berita..................

dan...
dia datang kembali..
itu pun..setelah dia kecewa..
iye.. dia merasa...
apa yang aku rasa..

dan..
untuk kali ini..
dia mengulangi kata-kata yang sama sejak beberapa kali dulu..

hati semakin letih..kerana sakit menahan kepercayaan...


aku mahu lari
larikan aku
kemana-mana sahaja
larikan aku
terbangkan aku
tak perlu dicari
aku tidak tahan lagi~

bagi dia..
kerana derita aku tidak cukup memilukan..



note : mungkin lebih baik cahayaku padam~

Friday, September 3, 2010

yang paling saye sayang...





sakit abdominal itu tandanya..

bibir yang mengeluh itu tandanya...

juga jiwa yang tidak stabil...??

petanda hati yang merindu~












............

kejauhan ini mengajar siksa hati...

ku telan jua penuh kesabaran

hanya kerana aku tetap begini

merindui dirimu nun jauh di sana..

















.......mengasihimu, meluaskan kecilnya ruang hatiku................


Duhai ayahanda dan bondaku...detik-detik rinduku bermula~~~~~~~~~~~~












note : 1 syawal 1431H .... pertama kali tidak dapat beraya bersama orang yang paling saye sayang :-(

Thursday, September 2, 2010

tak ingin menulis...

dah lama aku tak menulis..bencikah aku pada pena..?ahh..kenapa pena disalahkan..ntah larhh~mungkin penulisanku tidak lagi menarik untuk dibaca..mungkin kerana bimbang ada yang tahu bentuk rupa hati aku..
errrr...~ada ke yang sudi membaca penulisanku..

...............


1994- aku dan kapal terbang - sekuntum mawar merah-..iye, aku masih ingat penulisanku dibangku sekolah rendah.Aku juga gemar menulis sajak, hampir setiap kali sajak dipertaruhkan,akulah yang menjadi pilihan..sahabat ku umpama isi dan kuku yang gemar membaca penulisanku..kata mereka..aku seorang yang kuat berkhayal dan...romantis..~eerrkkk~ terhenti aku disitu



.............



1998-Diari biru- aku mula menulis lagi di coretan kertas yang ada logo sekolah..hehehe [kenakalanku]..sibuk ustaz aku dengan -fa'ala-fa'alu-fa'alat-fa'alata- ..sibuk juga aku meluahkan karya cinta khayalan..haihhh~
semua berebut membaca karya pendekku yang penuh khayalan..dan entah bagaimana semua tu berlaku dengan pantas..karya pendek itu berada di tangan ustazah kelas 3 ibnu sina..dan dibacakan kepada semua akhi dan ukhti dengan nada dan intonasi yang sangat sempurna..huhuhuu~



........




2004-cinta pertama berakhir
...aku mula berhenti menulis rupa hati dan fitrah cinta.....





note : aku bukan penulis........

...sentuhan cinta penulis

perkahwinan abang tersayang


sentuhan terakhir penulis pada subuh sebelum majlis akad nikah
letih dan mengantuk..inilah hasilnya


 walaupun korang kata "tak chantek ponn!"..tapi penulis puas, kerana penulis buat dengan sepenoh haty :-)


note : sesuatu berlaku malam itu yang memaksa penulis terjun keluar tingkap..**seminggu terhincut-hincut